
Introduction
Sukarelawan Belia Pulau Pinang dilancarkan pada 1 Mac 2020 oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Inisiatif ini adalah selaras dengan strategi visi Penang2030 Tema C2 yang menekankan peningkatan penyertaan sosial belia, wanita dan warga emas dalam masyarakat kita supaya mewujudkan masyarakat yang progresif.
Objectives
- Melahirkan pasukan Sukarelawan Belia Pulau Pinang yang berkebolehan menawarkan perkhidmatan sukarela kepada masyarakat yang memerlukan.
- Memupuk daya kepimpinan komuniti dalam kalangan belia dan menjadi pemimpin masyarakat yang berpengaruh.
- Menggalakkan penyertaan sosial golongan belia Pulau Pinang dan mempergiatkan aktiviti kesukarelawanan.
Target Group
- Belia yang berumur 15 tahun hingga 35 tahun
- Belia yang lahir atau bermastautin di negeri Pulau Pinang
- Komited & Bertanggungjawab
- Mempunyai semangat kesukarelawanan
- Mempunyai semangat berpasukan
- Berintegriti
Main Activities
- Majlis Apresiasi Sukarelawan Belia Pulau Pinang
- Kem Kepimpinan dan Jati Diri Sukarelawan Belia Pulau Pinang
- Program Latihan & Bengkel
- Program Penglibatan Sukarelawan
Participant Benefits
- Pengalaman Dan Pengetahuan
- Peningkatan Kesejahteraan Mental dan Emosi
- Peluang dan Networking
- Pemerkasaan Kemahiran Dan Inspirasi
- Menyumbang kepada Komuniti
Testimonials
Program ini membuka mata saya terhadap pelbagai isu yang memerlukan perhatian bersama serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan sukarelawan dalam menyumbang kepada masyarakat.

Penyertaan sebagai sukarelawan memberi pengalaman bermakna sekali gus meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, serta kesedaran tentang pentingnya peranan sukarelawan dalam membantu menambah baik perkhidmatan kepada masyarakat.

Melalui program ini, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta mempelajari penggunaan nada suara yang lebih berkesan ketika berinteraksi dengan orang ramai

Gallery
Sukarelawan Berdaftar
- Daftar - memasuki Whatsapp group mengikut kawasan Parlimen anda
- Penglibatan Program - setiap penglibatan akan direkodkan jumlah jam berkhidmat
- Sukarelawan Bersijil - Sukarelawan yang mencapai minima 15 Jam berkhidmat layak menerima sijil perkhidmatan semasa Majlis Apresiasi Sukarelawan
