Flagship Programme

Pusat Belia

A structured 3P initiative supporting at-risk youth through prevention, active participation and reintegration.

Pusat Belia
Programme Overview

Introduction

Rancangan MMK Belia, Sukan dan Kesihatan bersama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) adalah untuk mewujudkan 40 Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang dimana satu Pusat Belia akan diwujudkan di setiap KADUN. PYDC akan mempertimbangkan cadangan tempat untuk dijadikan pusat belia di setiap KADUN. Ianya bertujuan untuk membekalkan satu ruang kepada belia komuniti tempatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan yang memanfaatkan golongan belia.

Objectives

  • Untuk memupuk dan mempermudahkan penglibatan Kerajaan Negeri dan golongan belia di setiap daerah negeri Pulau Pinang.
  • Untuk mengenal pasti dan memperkasakan bakat belia di seluruh negeri Pulau Pinang.
  • Untuk membina tempat yang sesuai bagi pertemuan antara wakil kerjasama dan pihak PYDC.
  • Pusat belia yang dibina hanya untuk golongan belia bagi membenarkan belia berkongsi idea dan cadangan mereka untuk kesejahteraan dan kebaikan masyarakat.

Target Group

  • Inisiatif ini mensasarkan penyertaan belia berumur 15 hingga 35 tahun, khususnya yang menetap di sekitar kawasan Pusat Belia di setiap daerah di negeri Pulau Pinang. Di samping itu, inisiatif ini turut melibatkan komuniti setempat, pemimpin masyarakat, wakil agensi kerajaan, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan belia dalam komuniti.

Main Activities

  • Mesyuarat dan sesi libat urus Jawatankuasa Belia Pulau Pinang.
  • Program pembangunan kepimpinan dan pembangunan kapasiti belia.
  • Bengkel, seminar dan forum berkaitan pembangunan belia.
  • Program kesukarelawanan, khidmat masyarakat dan pembangunan komuniti.
  • Dialog bersama pemimpin, agensi kerajaan, pihak industri dan pemegang taruh.
  • Program jaringan strategik serta kolaborasi bersama organisasi belia dan rakan strategik.

Participant Benefits

  • Meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri. Peserta memperoleh kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan persediaan kerjaya melalui program seperti Career Matching.
  • Membina kesedaran sivik dan jati diri. Meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab sebagai warganegara, kepimpinan, demokrasi serta peranan belia dalam pembangunan masyarakat.
  • Mengembangkan potensi keusahawanan. Memberi pendedahan kepada asas perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, penjanaan pendapatan dan peluang membina perniagaan sendiri.
  • Menggalakkan penglibatan dan kepimpinan dalam komuniti. Peserta berpeluang menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti komuniti, kesukarelawanan dan projek pembangunan setempat.
  • Meningkatkan kreativiti, inovasi dan daya penyelesaian masalah. Program seperti Inovasi Desa dan Seni Kreatif memberi ruang kepada belia mencetuskan idea baharu, menghasilkan karya serta membangunkan penyelesaian kreatif berdasarkan keperluan masyarakat.
  • Meningkatkan akses kepada pendidikan dan peluang masa depan. Melalui Tuisyen Rakyat dan program pembangunan belia, peserta mendapat sokongan pembelajaran, bimbingan serta pendedahan kepada peluang pendidikan, kerjaya dan pembangunan diri.

Programme Achievements

  • Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, inisiatif Pusat Belia telah berjaya merasmikan pusat belia yang pertama iaitu Pusat Belia Penaga pada 11 April 2021. Sehingga kini sebanyak 11 pusat belia telah berjaya dirasmikan. Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan bagi melibatkan lebih ramai belia disekitar kawasan pusat belia.
  • Bagi tempoh 2021 hingga 2026, sebanyak 83 program telah dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai 4,543 peserta. Program yang dianjurkan merangkumi sesi sembang santai, fun run, career matching, mural art, video editing workshop, excel workshop, karnival komuniti, gotong-royong, pameran serta aktiviti pembangunan belia.

Programme Contact

PIC
Muhammad Afiq Mohd RazakPegawai Perhubungan Kanan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC)