Flagship Programme

Best! Anak Penang

A state incentive recognising Penang youth achievements in national and international academic and co-curricular competitions.

Best! Anak Penang
Programme Overview

Introduction

Best! Anak Penang (SIKBMPP) merupakan galakan positif daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada golongan belia di negeri Pulau Pinang yang berjaya dalam mengharumkan nama baik negeri Pulau Pinang dengan memenangi kejohanan berbentuk akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Objectives

  • Memberi galakan dan penghargaan kepada belia di negeri Pulau Pinang setelah berjaya megharumkan nama negeri Pulau Pinang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Target Group

  • Belia yang bermastautin atau merupakan pengundi di negeri Pulau Pinang dan berumur 15-30 tahun.
  • Belia yang berjaya mendapat mendapat anugerah johan, naib johan dan tempat ketiga atau penyertaan yang boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Skim Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) dalam pertandingan atau aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum yang dipertandingkan.

Documents & Eligibility

  • Had umur pemohon adalah dari 15 tahun sehingga 30 tahun;
  • Setiap pemohon mestilah berwarganegara Malaysia dan bermastautin di Pulau Pinang atau merupakan pengundi Pulau Pinang;
  • Permohonan terbuka kepada penyertaan pertandingan/aktiviti secara individu atau berpasukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa;
  • Permohonan terbuka kepada pertandingan/aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum yang berkaitan dengan mana-mana kursus, mata pelajaran, aktiviti kelab atau persatuan;
  • Permohonan pertandingan/aktiviti sukan TIDAK akan dipertimbangkan atas sebab Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan insentif yang lain untuk atlet Pulau Pinang cemerlang iaitu Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS);
  • Berjaya mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga atau penyertaan yang boleh dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Penilaian Skim Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) dalam pertandingan/aktiviti berbentuk akademik atau kokurikulum yang dipertandingkan;
  • Pertandingan/aktiviti peringkat kebangsaan yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya lima (5) buah negeri dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, atau mana-mana kementerian yang berkaitan atau diiktiraf oleh badan-badan professional;
  • Pertandingan/aktiviti peringkat antarabangsa yang dipertandingkan mestilah disertai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) buah negara dan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, atau mana-mana kementerian yang bekaitan atau diiktiraf oleh badan-badan professional;
  • Setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti secara individu atau berpasukan sama ada menyertai pertandingan/aktiviti di peringkat kebangsaan atau antarabangsa layak menerima insentif sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh setahun mengikut kalendar tahunan tersebut;
  • Permohonan dikemukakan kepada pihak PYDC SEBELUM berakhir tahun 2026 iaitu pada 31 Disember.
  • Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa SIKBMPP yang berkenaan dengan permohonan adalah muktamad;
  • Sekiranya mana-mana kejohanan berpasukan terdapat pemenang-pemenang yang tidak bermastautin di Pulau Pinang atau bukan pengundi Pulau Pinang maka insentif hanya akan diberikan kepada mereka yang bermastautin di Pulau Pinang atau merupakan pengundi Negeri Pulau Pinang mengikut nisbah bilangan ahli;
  • Minimum insentif sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti berbentuk pasukan sama ada dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, atau pihak swasta untuk peringkat kebangsaan;
  • Minimum insentif sebanyak RM300 akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai pertandingan/aktiviti berbentuk pasukan sama ada dianjurkan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan, atau pihak swasta untuk peringkat antarabangsa;
  • Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab atau Persatuan daripada Institut Pengajian Tinggi Malaysia atau sekolah-sekolah perlu mendapat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia atau mana-mana Kementerian yang berkenaan supaya dikategorikan dalam kategori Bil. (1). dan Bil. (3).
Please verify the final incentive schedule and complete eligibility conditions against the approved source documents before publishing.

Programme Contact

PIC