Flagship Programme

Maktab Demokrasi

A structured 3P initiative supporting at-risk youth through prevention, active participation and reintegration.

Maktab Demokrasi
Programme Overview

Introduction

Maktab Demokrasi merupakan satu inisiatif kesedaran sivik dan pendidikan demokrasi anjuran Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) yang bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas politik dan demokrasi kepada golongan belia.

Program ini memberi penekanan kepada pemahaman bahawa demokrasi bukan sekadar proses pilihan raya, tetapi melibatkan proses membuat keputusan bersama, perbezaan pandangan, serta pengurusan kepentingan dalam masyarakat. Melalui pendekatan interaktif seperti simulasi, permainan dan sesi pembelajaran, peserta akan didedahkan kepada realiti sebenar bagaimana sistem demokrasi berfungsi dalam kehidupan seharian.

Maktab Demokrasi juga berperanan sebagai platform awal dalam membentuk pemikiran kritikal, meningkatkan kesedaran sivik serta memupuk minat belia untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Objectives

  • Memberi pendedahan awal kepada belia mengenai konsep asas politik dan demokrasi;
  • Meningkatkan kefahaman tentang proses membuat keputusan secara kolektif;
  • Memupuk pemikiran kritikal dan keupayaan menyuarakan pandangan secara berhemah;
  • Mewujudkan kesedaran bahawa perbezaan pandangan adalah normal dalam masyarakat demokratik;
  • Menggalakkan penglibatan aktif belia dalam isu-isu kemasyarakatan dan kenegaraan.

Target Group

  • Warganegara Malaysia, berasal daripada Pulau Pinang
  • Berumur sekitar 15 hingga 30 tahun
  • Pelajar sekolah menengah / lepasan sekolah / belia awal
  • Berminat untuk memahami asas demokrasi dan kepimpinan
  • Anggaran jumlah peserta: 30 – 40 orang bagi setiap bengkel

Main Activities

  • Permainan “Yang Mana Satu?” – melatih peserta membuat pilihan serta memahami bahawa perbezaan pandangan adalah perkara normal.
  • Simulasi “Dunia Baharu” – memperkenalkan asas politik melalui pengalaman membuat keputusan bersama dalam situasi mencabar.
  • Kelas “Politik & Demokrasi” – memberi pendedahan kepada konsep dan idea asas politik serta demokrasi.
  • Simulasi “Dunia Baharu II” – memahami proses membuat keputusan bersama, menetapkan keutamaan dan mempertimbangkan aspek keadilan serta keberkesanan.
  • Kelas “Tiga Kerajaan” – memberi pendedahan kepada asas pentadbiran dan tiga peringkat kerajaan.

Participant Benefits

  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai konsep asas politik, demokrasi dan sistem pentadbiran kerajaan.
  • Memupuk pemikiran kritikal serta keupayaan peserta dalam menilai isu, mempertimbangkan pelbagai pandangan dan membuat keputusan secara rasional.
  • Meningkatkan keyakinan peserta untuk menyuarakan pandangan dan pendapat secara berhemah dalam ruang perbincangan.
  • Memupuk sikap keterbukaan dan toleransi terhadap perbezaan pandangan dalam kalangan peserta sebagai asas kepada masyarakat demokratik.
  • Membangunkan kemahiran membuat keputusan secara kolektif melalui aktiviti simulasi dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
  • Meningkatkan kesedaran sivik serta menggalakkan penglibatan aktif peserta dalam isu kemasyarakatan dan kenegaraan.

Programme Achievements

  • Program Maktab Demokrasi telah berjaya dilaksanakan buat pertama kali menandakan permulaan program baharu dibawah inisiatif Kesedaran Sivik di bawah seliaan PYDC. Program yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada belia mengenai konsep asas politik dan demokrasi serta meningkatkan kefahaman tentang proses membuat keputusan secara kolektif telah mendapat permohonan yang memberangsangkan sewaktu penyertaan dibuka. Bengkel susulan sedang dirangka bagi memastikan penambahbaikan bengkel dapat dilakukan.
Content placeholder: replace this draft through Flagship Programmes in WordPress.