Flagship Programme

Youth With Rhythm (Belia Berirama)

A performing arts platform that develops youth talent, creativity, confidence and industry connections.

Youth With Rhythm (Belia Berirama)
Programme Overview

Introduction

Youth with Rhythm (Belia Berirama) merupakan inisiatif oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) yang memberi fokus kepada pembangunan bakat dan kreativiti belia melalui platform seni persembahan. Inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan ruang kepada belia untuk menyerlahkan potensi, mengembangkan bakat serta meningkatkan keyakinan diri dalam bidang seni dan kreativiti.
Selaras dengan aspirasi memperkasa belia secara holistik, Youth with Rhythm (Belia Berirama) turut menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti berasaskan seni sebagai medium membina jati diri, memupuk semangat kebersamaan serta mengukuhkan hubungan antara bakat-bakat belia dengan penggiat seni, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi berkaitan dan pemain industri kreatif. Melalui jaringan kerjasama ini, belia berpeluang memperoleh pendedahan, bimbingan serta peluang pembangunan bakat yang mampu membuka laluan ke arah penglibatan yang lebih aktif dalam ekosistem industri kreatif.

Objectives

  • Untuk memperkasa pembangunan bakat belia Pulau Pinang dalam bidang seni persembahan secara berstruktur dan berterusan, di samping memelihara serta mengangkat warisan seni dan budaya tempatan sebagai identiti negeri.
  • Untuk menggalakkan penglibatan aktif belia dalam seni persembahan dengan menyediakan platform yang inklusif, kompetitif dan relevan bagi menyokong minat serta potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Untuk membina dan memperkukuh kemahiran insaniah dalam kalangan belia termasuk keyakinan diri, keberanian, kreativiti serta disiplin seni persembahan sebagai persediaan ke arah pembangunan kerjaya dalam industri kreatif.
  • Untuk mewujudkan jaringan strategik antara bakat baharu dan pihak industri termasuk penganjur acara, sekali gus membuka peluang kepada penyertaan dalam persembahan profesional dan penjanaan pendapatan melalui bakat seni.

Target Group

  • Mensasarkan penyertaan belia berumur 15 hingga 35 tahun di negeri Pulau Pinang yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang seni persembahan serta industri kreatif. Selain itu, inisiatif ini turut melibatkan penggiat seni, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan seni, institusi pendidikan, pemain industri kreatif dan komuniti sebagai rakan kolaborasi dalam usaha membangunkan serta memperkasa bakat belia.

Main Activities

  • Program pencarian bakat melalui penganjuran Merdeka Talent Show (2021–2024) dan kesinambungannya melalui Rentak Belia Talent Show (2025–kini) sebagai platform pencarian, pengiktirafan dan pengembangan bakat belia dalam bidang seni persembahan. Pertandingan ini dilaksanakan dengan konsep yang inklusif, melibatkan pelbagai kategori seni serta memberi peluang kepada lebih ramai belia untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka.
  • Penglibatan bakat belia dalam program rasmi melalui penyediaan platform kepada bakat-bakat belia untuk mengadakan persembahan dalam majlis dan program anjuran Kerajaan Negeri, jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat swasta serta rakan strategik. Inisiatif ini bertujuan memperluaskan pendedahan, mengukuhkan jaringan kerjasama dengan penggiat seni dan pemain industri kreatif serta membuka lebih banyak peluang pembangunan bakat di peringkat negeri.

Participant Benefits

  • Platform kepada belia untuk mengetengahkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta mengembangkan potensi dalam bidang seni persembahan. Selain itu, peserta berpeluang memperoleh pendedahan, membina jaringan dengan penggiat seni, pemain industri kreatif dan rakan strategik, di samping membuka peluang untuk menyertai persembahan dalam pelbagai program anjuran Kerajaan Negeri, jabatan, agensi serta sektor swasta.

Programme Achievements

  • Persembahan di George Town Festival 2024.
  • Persembahan sempena LovePENANG Youth Night Concert.
  • Persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Persembahan sempena Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri.
  • Persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang.
  • Persembahan pada Majlis Sambutan Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
  • Penglibatan dalam acara seperti Penang Youth Orchestra, Northern Music Festival, Love Penang Run serta pelbagai rumah terbuka, festival komuniti dan program anjuran kerajaan serta rakan strategik.

Programme Contact

PIC
Wazir BakriPegawai Perhubungan012-557 9281wazir@pydc.com.my