Flagship Programme

Jelajah Belia

A rural youth empowerment roadshow combining grassroots engagement, knowledge sharing and community activities.

Jelajah Belia
Programme Overview

Introduction

Jelajah Belia merupakan siri program di bawah inisiatif Pemerkasaan Belia Luar Bandar oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) yang dilaksanakan bagi memperkukuh pembangunan belia melalui pendekatan turun padang dan penglibatan komuniti. Program ini menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti kemasyarakatan di samping menyediakan ruang untuk mereka meneroka potensi diri, membina keyakinan serta meningkatkan kemahiran insaniah.
Jelajah Belia turut menjadi medium mendengar pandangan serta memperkasakan potensi belia agar mereka dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan komuniti dan negeri.

Objectives

  • Mendekati belia di kawasan luar bandar bagi memahami secara langsung isu, cabaran serta keperluan yang mereka hadapi, seterusnya menjadi asas kepada tindakan susulan dan perancangan intervensi yang bersesuaian;
  • Memperkasa belia dari segi pembangunan sosio-ekonomi dan kendiri, termasuk aspek sahsiah, kepimpinan dan kesedaran sosial, bagi meningkatkan kesejahteraan hidup belia secara holistik;
  • Memantapkan ukhuwah antara belia dan komuniti setempat serta memperkukuhkan penglibatan belia luar bandar dalam aktiviti kemasyarakatan selari dengan aspirasi Penang 2030.
  • Mewujudkan komuniti belia yang mantap dan berdaya tahan, dengan jalinan hubungan yang erat antara belia dan Kerajaan Negeri, khususnya di kawasan luar bandar;
  • Menyediakan platform interaksi dua hala antara belia, pemimpin dan agensi berkaitan melalui sesi perkongsian dan sembang santai bagi menggalakkan penyertaan aktif belia dalam pembangunan negeri.

Target Group

  • Program ini mensasarkan penyertaan belia berumur 15 hingga 35 tahun, khususnya yang menetap di kawasan luar bandar di negeri Pulau Pinang. Di samping itu, program ini turut melibatkan komuniti setempat, pemimpin masyarakat, wakil agensi kerajaan, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan belia dalam komuniti.

Main Activities

  • *Sesi perkongsian* oleh agensi kerajaan, pertubuhan belia dan NGO merangkumi aspek pendidikan, kerjaya, keusahawanan, kesejahteraan komuniti dan pembangunan kendiri.
  • *Aktiviti komuniti* mengikut kesesuaian lokaliti seperti BBQ, konvoi motosikal, reruai pameran, sukan rakyat, gotong-royong, aktiviti riadah dan pertandingan komuniti.

Participant Benefits

  • Program Jelajah Belia memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan pemimpin, agensi kerajaan dan rakan strategik, serta memperoleh maklumat berkaitan inisiatif dan peluang pembangunan belia. Program ini turut menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara belia, komuniti dan Kerajaan Negeri.

Programme Achievements

  • Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, Program Jelajah Belia telah dilaksanakan melalui pelbagai siri program yang memfokuskan penglibatan belia dalam komuniti, sesi libat urus mikro dan aktiviti pembangunan belia di kawasan luar bandar.
  • Bagi tempoh 2024 hingga 2025, sebanyak 26 program telah dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai 89,092 peserta. Program yang dianjurkan merangkumi sesi sembang santai, konvoi, karnival komuniti, gotong-royong, pameran serta aktiviti pembangunan belia. Program ini turut diperkukuh melalui kerjasama strategik seperti Santai Anak Utara 12.0 dan Festival Y15, yang berjaya menarik penyertaan belia dalam skala lebih besar.
  • Selain itu, penganjuran Jelajah CM Chow Bersama Belia @ Balik Pulau mencatat kehadiran melebihi 200 peserta, menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan belia serta mengukuhkan peranan program sebagai platform efektif mendekati golongan belia di peringkat akar umbi.
Youth Voices

Testimonials

“

Love how PYDC create the ideal environment for youth

Nathalie Leong

Programme Contact

PIC
Wazir BakriPegawai Perhubungan012-557 9281wazir@pydc.com.my