
Introduction
Program Belia Aspirasi 2026 merupakan manifestasi komitmen PYDC dan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menyediakan peluang dan platform kepada belia berisiko tinggi. PYDC mengaplikasikan kaedah 3P (Pencegahan, Penyertaan Aktif dan Pengintegrasian) ke atas klien atau peserta program Belia Aspirasi.
Objectives
- Membina semula jati diri mereka agar dapat kembali menyumbang kepada keluarga, masyarakat, kemajuan negeri serta negara.
- Membantu belia-belia yang menghadapi cabaran dan kesukaran dalam kehidupan akan tetapi mempunyai keinginan yang kuat untuk mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat serta mengejar cita-cita mereka.
Target Group
- Belia Aspirasi menyasarkan belia berisiko
- pernah melalui kehidupan yang sukar.
Main Activities
- program keusahawanan
- sukan dan rekreasi
- ceramah motivasi
- perkongsian ilmu fardu kifayah
- kebudayaan dan usrah kerohanian
Participant Benefits
- Menyokong moral belia supaya mempunyai kehidupan yang sejahtera.
- Menambah ilmu agama di dalam kehidupan seharian.
- Membuka idea untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan.
- Melahirkan belia yang berjaya di dalam bidang keusahawanan.
- Melibatkan belia dalam komuniti setempat.
Programme Achievements
- Melibatkan penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar (STB), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam dan klien-klien penjara di Pulau Pinang ke atas program.
- Menjalankan usahasama dengan beberapa orang sosialis, pakar motivasi, usahawan dan pengelola program.
Testimonials
“
Memang terbaik PYDC

Amirul
Gallery
Programme Contact
PIC
Mohd Syazlan Aliff Bin RosliProgramme Contact



